Isnin, 30 Disember 2013

Jenis ikan tiger barb

Green tiger barbAlbino tiger barbTiger barb

ikan lampam

Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal dari kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India,Malaysia dan sebahagian China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan ikan Barb, iaitu Barb Harimau (Barbus tetrazona), barb harimau tempatan (Barbus pentazone), Barb Emas (Barbus schuberti), barb ceri (Barbus conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus) dan Rosy barb (Barbus conchonius). Ia adalah sejenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampam Sungai(Puntius Swanenfeldii) dan Lampam Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Ikan Barb boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Jenis yang biasa diternak dalam akuarium ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama 2-3 tahun ia sangat cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies. Terdapat beberapa jenis baru di pasaran seperti barb hijau yang mempunyai belang yang besar berwarna hijau berkilat dan jenis "barb albino", yang berwarna kemerah-merahan dari spesies ikan Barb Harimau. Jenis lain ialah Rosy barb yang mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor yang panjang dikenali sebagai ' long-finned Rosy Barb'. Jenis-jenis baru seperti ini biasanya lebih laris dipasaran. panjang ikan barb ialah 10cm

ikan lampam


LAMPAM SUNGAI
keluarga Cyprinidae
Nama Tempatan Lampan Sungai
Barb Nama Inggeris Scwanenfeldii atau Barboides
Nama Saintifik Puntius schwanenfeldii
Saiz saiz purata antara 10 - 25 sentimeter dan berat kira-kira 200-600 g. Kemungkinan untuk mencapai saiz maksimum 30 sentimeter dan berat lebih daripada 1.0 kg.
Badan Morfologi Diamond berbentuk . Kehadiran pewarnaan oren dan hitam di sirip perut dan cuping sirip caudal . Badan, silverish putih
Biologi dan induk dikenali untuk menumpahkan telur mereka di hulu sungai . Muda akan kekal di dalam sungai sehingga mereka menjadi rega sebelum mereka berhijrah ke bahagian lain tasik. Yang paling cenderung untuk menjajah sungai manakala beberapa langkah ke tasik yang betul untuk menjajah. Diet yang terdiri daripada alga berfilamen , serangga dan sampah sarap.
Pengagihan Dikenali secara meluas tersebar di tasik dan di dalam sungai .
Kepentingan ekonomi Ia adalah spesies yang paling dominan yang didaratkan oleh nelayan. Mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana daging yang lazat . Harga pasaran antara RM4.00 ke RM6.00. Potensi akuakultur terutamanya dalam kolam atau akuarium.

ikan tigerbarb dan lampam

PEMILIHAN IKAN DALAM AKUARIUM BERLANDSKAP (TIGER BARB & TETRA)

Bagi peminat mereka yang ingin menjadikan akuarium mereka berbentuk landskaping, maka pemilihan ikan yang tepat dan sesuai adalah sangat penting. Mereka yang baru berjinak dengan hobi membela ikan perlu menilai semula kekuatan sama ada untuk membiarkan akuarium kosong atau mengisi hiasan akuarium dengan landskap yang indah. Ini adalah kerana landskaping dalam akuarium bukan satu perkara yang mudah. Maksud penulis, tidak mudah adalah dari aspek penyelengaraan (maintanance) akuarium. Memiliki akuarium yang penuh dengan landskap memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Maka anda nilai diri sendiri sama ada ingin terus melakukan landskaping atau sekadar mencuba dengan akuarium kosong.  (Nanti akan dipost mengenai kaedah landskap dan tip penyelengaraan)
* Tip akurium yang mempunyai landskap yang tidak dijaga akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang banyak dan menyebabkan kematian ikan sedikit demi sedikit.
Namun bagi mereka yang ingin cuba ada beberapa cadangan ikan dengan profil mereka agar tidak tersalah mecampurkan ikan. Campuran yang salah akan menyebabkan ikan lain cedera dan mati..

TIGER BARB

Tiger barb spesis yang aktif berkumpulan, pembelaan nya perlu lebih dari lima dan keatas. Sekiranya kurang ia akan menyerang ikan lain yang kurang aggresif dengan menggigit ekornya. Pembelaan spesis ikan ini dalam kuantiti yang besar akan menyebabkan mereka berkejaran sesama mereka dan menyelamatkan ikan anda yang lain. Tidak sesuai diberi dengan ikan yang semi-aggresif seperti ikan laga  (ekor panjang akan digigit). Uniknya ikan ini mempunyai pelbagai rupa dan warna yang cantik dan sesuai untuk anda. 

Amat cantik dibela dalam akuarium berlandskap.

TETRA 

Tetra ikan yang sangat cantik dibela secara berkumpulan dan suka hidup secara bersosial.  Pelbagai bentuk dan warna. Ikan tetra mempunyai keluasan spesis yang besar dimana di pasaran kita boleh menjumpai pelbagai spesis tetra yang cantik..

*Tips - jangan tersalah pilih tetra dan barb kerana setengah spesis kelihatan hampir sama...
Spesis tetra, yang seakan bentuk dengan barb... Tidak aggresif..